BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 16 Julai 2009

SK Taman Ehsan Sambut Jubli Perak


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Ehsan, Kepong mengadakan Sambutan Jubli Perak sempena ulang tahun ke-25 sekolah tersebut baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar merupakan tetamu istimewa yang dijemput oleh pihak penganjur untuk merasmikan majlis tersebut yang adakan di perkarangan sekolah.

Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar terus meningkatkan kecemerlangan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang tertinggi.

Sambutan yang diadakan dengan penuh meriah itu dianjurkan oleh pihak sekolah dan mendapat kerjasama yang erat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mantan Guru Besar, guru-guru dan alumni sekolah juga dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti di samping menjadi peluang kepada mereka untuk bertemu rakan-rakan lama, kebetulan pula semangat raya Aidil Fitri masih belum berakhir.

Salah seorang alumni SK Taman Ehsan yang hadir ialah juara Malaysian Idol, penyanyi Jaclyn Victor yang sempat menghiburkan para murid, ibu bapa dan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu dari album beliau.

Cuaca yang kurang baik dan hujan yang turun sewaktu acara berlangsung tidak mematahkan semangat mereka yang hadir untuk menonton persembahan alumni yang ditunggu-tunggu itu.

Unit Pendidikan Utusan Malaysia juga diberi kesempatan mengadakan taklimat ringkas mengenai sisipan A-Kelas dan Portal Pendidikan Utusan kepada para ibu bapa dan murid sebagai pemula acara.

Unit itu juga mengadakan pameran dan jualan di gerai yang disediakan, serta menaja hadiah hamper untuk Pertandingan Melukis dan Mewarna.

Antara aktiviti lain termasuklah persembahan murid, pameran kemerdekaan, penyampaian hadian dan cabutan bertuah.

Beberapa syarikat swasta turut mengadakan pameran dan jualan produk-produk berkaitan pendidikan.

Sumber www.tutuor.com.my

0 ulasan: