BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 28 Mei 2009

Munculnya Lagi Bakal Wira


Lahirnya seorang lagi bakal wira bola sepak yang akan mewakili Negeri Kelantan untuk tempoh 18 tahun akan datang. Dari hasil siasatan dan risikan, didapati wira ini telah mendapat pendedahan awal oleh bapanya sendiri dan setiap kali hadir untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan PASUKAN KELANTAN. GOMO KELATE GOMO.

Tamatnya Kemarau Kekalahan

Akhirnya badi kekalahan demi kekalahan telah tamat pada malam itu. Kemenamgan ke atas KL PLUS yang membuat kenyataan ingin menambah derita Kelantan sebenarnya angan-angan yang tinggi melangit sahaja. Hakikatnya kita mencapai kemenangan pada malam itu. Kongsilah bersama melihat rakaman kemenangan pasukan kita pada malam itu yang dihadiri oleh 300 orang penyokong paling setia pasukan Kelantan, termasuklah aku dan naga api.

Bakal Pemimpin Masa Depan

Anak - anak kecil adalah amanah ALLAH di dunia. Oleh itu jagalah, didiklah, dan asuhlah supaya mereka ini menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.

Jumaat, 22 Mei 2009

Jasa dan Pengorbanan Guru

Ditujukan khas buat Pn Caroline Selvi ( GPK Koko SK Taman Ehsan )
Bersedia melangkah megah,
Walaupun sukar bakti kucurah,
Demimu ibu pertiwi,
Sumpah kulafaz janji kukota,
Berikrar eratkan bangsa,
Kukuhkan cinta kepada negara,
Berjasa terus berjasa,
Menyebarkan ilmu tiada batasnya,
Guru Pembina Negara Bangsa,
Gagah perjuangkan visi negara,
Bangunkan jiwa pelbagai rupa,
Demi agama dan nusa tercinta,
Guru Pembina Negara Bangsa,
Tetap unggul senadakan suara,
Sehaluan menggapai matlamatnya,
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Aset Berharga Kelab Futsall Taman Usaha Jaya

Bola yang digunakan oleh team kami untuk sesi latihan dan perlawanan


Peminat dan pemain untuk generasi akan datang.
Muhammad Danish Hakim bin Hashim ( 4 Tahun )



Kelab Futsall Taman Usaha Jaya


Aktiviti riadah ini dijalankan setiap hari Khamis bermula dari jam 10.00 malam hingga 11.00 malam. Tujuan utama kelab ini diadakan adalah memberi peluang kepada semua golongan untuk beriadah di samping mencari kawan-kawan baru. Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah menghubungi Pengerusi Kelab di hashimskte@gmail.com. atau datanglah untuk melihat latihan kami di Gelanggang Futsall yang terletak berhampiran dengan kilang King Kek di Kepong.

Khamis, 21 Mei 2009

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 28, SK Taman Ehsan, Kepong Selangor 2009.

Orang yang bertanggungjawab dalam kejayaan Sukan Tahunan Kali Ke 28 SK Taman Ehsan, Kepong Selangor dari tahun 1997 - 2009. Tahniah dan syabas dari warga SK Taman Ehsan.

Pegawai yang bertugas dengan cemerlang di hari Kejohanan.. TAHNIAH!!
Kejohanan sukan tahunan Sk Taman Ehsan untuk kali yang ke 28 telah berjaya diadakan. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan jayanya.













MALAM KENANGAN SERIBU JASA

Malam Kenangan Seribu Jasa akan diadakan untuk memperingati jasa dan pengorbanan semua guru yang bertugas di SMK PANJI, KOTA BHARU, KELANTAN.

Program tersebut akan diadakan pada hari Raya Haji Yang Ke 3 tahun 2009 ini.
Kepada semua guru dan pelajar di SMK PANJI dari kelas 5 Sastera 1 dan 5 Sastera 2 pada tahun 1991 dijemput hadir pada malam tersebut untuk memeriahkan majlis ini.

Segala kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan-puan amatlah dihargai.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pengerusi Program ( Saya ) dan Setiausaha Program Saudara Farish Siam ( Mat Yeh Siam ).

Rabu, 20 Mei 2009

Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Daerah Gombak ( Khas Guru - Guru )


Salurkan segala pendapat dan cadangan anda mengenai prestasi pasukan bola sepak Negeri Kelantan Darul Naim.

Cadangan anda akan dijawab oleh pakar perunding taktikal bolasepak yang terhebat di daerah Gombak amnya.

Sokongan dari semua pihak yang menjadi penyokong negeri Kelantan amatlah dialu-alukan.

Pesanan ini khas dari Pengerusi Kelab Penyokong Guru Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan.
Cadangan boleh dihantar ke hashimskte@gmail.com

Khas buat warga MPTI

Khas untuk warga pendidik, bekas guru pelatih Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor ambilan Disember 1994 hingga Jun 1997.
Aku bernama HASHIM DOLLAH dari opsyen Pengajian Melayu. Dalam semester, aku aku lebih dikenali dengan nama JOE PALAKO.
Semasa melapor diri buat pertama kali, aku lihat ramai bakal-bakal guru dari pelbagai negeri ada sama. Semuanya berwajah ceria dan penuh bersemangat untuk berbakti kepada negara selepas tamatnya kursus nanti.
Ini bukan sejarah hidup tetapi sekadar untuk renungan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa khususnya untuk rakan seopsyen 1 Pengajian Melayu 1.
Dalam kelas aku mendapat ramai kawan. Antaranya Maskuri, budak Kelantan yang berjambang yang lebih dikenali dengan nama MAS BULU. Budak ini ada ramai peminat perempuan kerana wajahnya ada iras hero Tamil. Budak ni kat maktab ada motor dan kami semua dibenarkan menggunakan motornya untuk tujuan tertentu. Terima kasih ABE MAS BULU.
Dua orang budak dari negeri Jang oh Jang. Namanya bukan Ujang tetapi Rahman Rambo dan Abu Bakar ( Burn ). Kuat hisap rokok tetapi secara sembunyi. Rahman ni wajahnya seiras pelakon Amerika dan nampak sedikit agak tua. Sebab itulah, kami semua lantik dia menjadi ketua kelas masa semester 4. Dua orang budak ni, kalau jumpa mesti cakap dalam loghat negeri. Maklumlah orang Negeri Sembilan. Kalau tak cakap ikut loghat negeri, nanti balik kampong takut lupa nak bercakap dan lidah manjadi keras.
Dalam kelas ini ada ramai pelatih yang asalnya dari Johor. Antaranya ada seorang yang tersangat gemuk dan memakai cermin mata. Cita-citanya yang asal hendak menjadi artis tetapi terpaksa dibatalkan kerana badan sudah terlalu gemuk. Takut nanti mekap artis marah sebab terpaksa menggunakan banyak bedak untuk menyolekkannya kerana budak ini kuat sangat berpeluh. Jadi terpaksalah membatalkan cita-citanya itu. Tahniah, kerana kamu menjadi seorang guru. Budak ini juga telah mendapat jodoh dengan penolong kelas kami. Syabas dan tahniah buat kamu YOUSARI LOB OSMAN.
Ada lagi pelatih dari Johor, namanya ZAKDILLAH. Dia ini adalah member satu LM semasa di Pasir Gudang. Aku menumpangnya untuk pergi latihan mengajar kerana dia mempunyai sebuah motosikal RGV yang pada masa itu menjadi kegilaan ramai orang mahupun lelaki ataupun perempuan. Orangnya pendiam, badannya agak kurus pada waktu itu. Tetapi sekarang ni tak tahu lah. Sama ada kurus atau gemuk macam YOYO jugak.
Tak banyak cerita yang aku tahu tentang seorang mamat ni. Budak Johor jugak. Namanya Fadzil Ambok Antak. Masa dia masuk maktab, umurnya masih budak lagi. Harap maaf le. Aku tak boleh cerita pasal kamu.
Seorang mamat dari Melaka. Namanya MAZLEE tetapi lebih dikenali dengan nama KOROK. Nama ini diberi oleh abang senior kami yang bernama Anuar Ibrahim kerana dia ditangkap menghisap rokok semasa minggu sualkenal. Kesian jugak aku kerana namanya tetap kekal hingga kami semua tamat kursus. Mamat ini juga telah pun terputus hubungan dengan aku dan rakan yang lain. Kalau terbaca ruangan ini, tolong hubungi kami semua.
Kawan yang lain seperti SYED AZHAN, FADLI ( FAD ) dan kawan perempuan yang lain aku tidak dapat beri komem atau cerita kisah kamu semua. Maafkan aku kerana tidak menulis kisah kalian. Bukannya apa, tetapi takut tersalah tulis. Jumpa lagi di lain masa.

“ SELAMAT HARI GURU “
TERIMA KASIH CIKGU
BUAT SEMUA TEMAN,
Abu Bakar, Fadzil, Shahrul, Zakdillah, Maskuri, Mazlee, Syed Azhan, Fadli, Yousari, Razi, Ridhuan, Kak Yati, Ruhayati, Chombi, Lela, Erra, Harisah, Azilawati,Ismarani, Maheran,Jauhariah, Zaida,Kak Samsiah, dan beberapa orang lagi yang sudah aku lupa namanya.


Selasa, 19 Mei 2009

Salam Perkenalan Warga Pendidik

Selamat berjumpa lagi. Aku adalah JOE PALAKO.