BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 Julai 2009

SK Taman Ehsan- Perkhemahan Pengakap Daerah Gombak 2009






Seramai 8 orang peserta pengakap dari SK Taman Ehsan telah menyertai perkhemahan ini yang turut diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Zulhelmi ( tiada dalam gambar ) dan Cikgu Hashim. Sekali berpengakap dan terus berpengakap.

Khamis, 16 Julai 2009

SK Taman Ehsan Sambut Jubli Perak


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Taman Ehsan, Kepong mengadakan Sambutan Jubli Perak sempena ulang tahun ke-25 sekolah tersebut baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar merupakan tetamu istimewa yang dijemput oleh pihak penganjur untuk merasmikan majlis tersebut yang adakan di perkarangan sekolah.

Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar terus meningkatkan kecemerlangan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat yang tertinggi.

Sambutan yang diadakan dengan penuh meriah itu dianjurkan oleh pihak sekolah dan mendapat kerjasama yang erat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mantan Guru Besar, guru-guru dan alumni sekolah juga dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti di samping menjadi peluang kepada mereka untuk bertemu rakan-rakan lama, kebetulan pula semangat raya Aidil Fitri masih belum berakhir.

Salah seorang alumni SK Taman Ehsan yang hadir ialah juara Malaysian Idol, penyanyi Jaclyn Victor yang sempat menghiburkan para murid, ibu bapa dan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu dari album beliau.

Cuaca yang kurang baik dan hujan yang turun sewaktu acara berlangsung tidak mematahkan semangat mereka yang hadir untuk menonton persembahan alumni yang ditunggu-tunggu itu.

Unit Pendidikan Utusan Malaysia juga diberi kesempatan mengadakan taklimat ringkas mengenai sisipan A-Kelas dan Portal Pendidikan Utusan kepada para ibu bapa dan murid sebagai pemula acara.

Unit itu juga mengadakan pameran dan jualan di gerai yang disediakan, serta menaja hadiah hamper untuk Pertandingan Melukis dan Mewarna.

Antara aktiviti lain termasuklah persembahan murid, pameran kemerdekaan, penyampaian hadian dan cabutan bertuah.

Beberapa syarikat swasta turut mengadakan pameran dan jualan produk-produk berkaitan pendidikan.

Sumber www.tutuor.com.my

Indahnya Alam





Indahnya alam ciptaan Allah. Aliran air yang mengalir menyegarkan badan dan menenangkan jiwa. Bersama kita menghargainya. Gambar diambil di Hutan Rimba Komenwel,Rawang.

SK Taman Ehsan,Kepong-Panorama





Institusi pendidikan yang menjadi kemegahan penduduk setempat.

Isnin, 22 Jun 2009

Renungan Bersama

Terjemahan ayat :

Surah Al - Ahzab ( Ayat 56 )

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat untuk nabi.

Hai orang-orang yang beriman,

berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam

penghormatan kepadanya.

Rabu, 17 Jun 2009

LAGU UNTUK CIKGU






Selasa, 16 Jun 2009

WARISAN


Anak kecil main api,

Terbakar hatinya sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang,

Nenek moyang kaya raya,

Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,

Cinta lenyap diarus zaman,

Indahnya bumi kita ini,

Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,

Peribumi merintih sendiri,

Masa depan sungguh kelam,

Kan lenyap peristiwa semalam,

Tertutuplah hati terkunci mati,

Maruah peribadi dah hilang,

Kini kita cuma tinggal kuasa,

Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri,

Kita sudah tiada masa,

Majulah dengan gagah perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha,

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA.